Nasi Goreng Keladi




sajianseleraMenu: Nasi Goreng Keladi

Bahan-Bahan:
300 gm Beras wangi putih - bersihkan dengan air dan toskan
380 ml Air
3 sudu besar Minyak masak
1 sudu teh Bawang merah ( cincang )
1 sudu teh Bawang putih ( cincang )
25 gm Udang kering - direndam dalam air & dicincang halus
20 gm Cendawan hitam kering - direndam air & dipotong kuib
200 gm Daging dada ayam - dibersih dan dipotong kuib
300 gm Keladi - dipotong kuib
2 tangkai Daun bawang - dihiris halus

Bahan (A):
¼ sudu teh Garam
¼ sudu teh Gula
¼ sudu teh Serbuk Lada Hitam
½ sudu teh Minyak bijian
½ sudu teh Tepung ubi

Bahan (B):
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
1 sudu besar Perencah Pati Ikan Bilis
½ sudu teh Serbuk Lada Putih
1 sudu teh Minyak bijian

Cara Membuatnya:
🌻 Perapkan daging ayam dengan bahan-bahan (A) selama 10 minit.
🌻 Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan udang kering dan goreng sehingga wangi.
🌻 Masukan cendawan, daging ayam dan keladi, goreng selama 4 – 5 minit, ketepikan.
🌻 Masukkan beras putih ke dalam periuk nasi elektrik / biasa. Tambah air dan bahan-bahan (B), kacau dengan rata sebelum mulakan proses memasak.
🌻 Apabila nasi hampir masak, masukkan kembali lauk-lauk yang dimasak tadi. Gaul dengan sekata.
🌻 Taburkan daun bawang sebelum hidang.



Previous
Next Post »
0 Komentar